Pages

Sunday, June 23, 2019

Akhram For MCF President - Integriti Bersama




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan2 Catur Negeri2 yang telah sudi mencalonkan saya ke jawatan Presiden MCF. Terima kasih juga kepada pemimpin serta para perwakilan negeri2 mahupun ahli2 AJK MCF yang sudi menyatakan sokongan awal kepada saya.

Tanpa adanya sokongan demikian, tak mungkin saya tersentuh hati untuk menerima pencalonan ke jawatan yang cukup bermakna bagi saya sebagai seorang lebih dikenali di dalam komuniti catur Malaysia sebagai seorang 'Chess Parent'.

Di sini saya ingin memulakan perkongsian awal dan terbuka saya sebagai Calon Presiden. Kepimpinan MCF di bawah teraju saya jika tuan-puan sudi memilih akan berdasarkan beberapa paksi. Paksi pertama adalah INTEGRITI.

Walau Catur semakin berkembang dan maju di Malaysia sekaligus dgn peningkatan prestasi di arena antarabangsa bagi para pemain kita, terlalu banyak isu Integriti yang timbul tempohari. Sebagai seorang yang anak2nya juga hampir terkandas di Panjin 2 tahun lepas atas sebab ini, integriti dlm pengurusan catur amatlah dekat di hati saya.

Namun pada saya Integriti bukan tugas Presiden MCF mahupun AJK MCF semata2, tetapi haruslah dititik-beratkan oleh Komuniti Catur kita secara keseluruhan. Oleh itu, paksi kedua kepimpinan MCF jika tuan-puan sudi memilih saya adalah sifat BERSAMA.

Makanya INTEGRITI BERSAMA seharusnya menjadi visi MCF bagi membangun komuniti catur Malaysia.

Apakah ciri-ciri Integriti Bersama. Pertama sekali, saya mengesyorkan semua perwakilan ke AGM MCF untuk memilih calon2 yang berwibawa terutama berintegriti. Mungkin susah memilih antara yang baik, tetapi setidak2nya janganlah memilih yang diragui integritinya.

Seiring dgn visi INTEGRITI BERSAMA ini, MCF bawah pimpinan saya juga akan memperkenalkan:

1) Suatu Majlis Penasihat Presiden yang berahlikan semua Pengerusi2 Persatuan Catur Negeri2 dalam MCF untuk menasihati saya dalam lantikan2, bermula dgn lantikan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat MCF.

2) Saya juga merancang untuk mengadakan forum terbuka dengan komuniti catur Malaysia sebagai sebahagian aktiviti mengiringi kejohanan catur utama anjuran MCF atau Persatuan2 Catur Negeri2 seperti Langkawi Open, Johor Open, Penang Open, Malaysia Chess Championship atau National Youth Chess Championship. Ini akan menggalakkan keterbukaan dan integriti dapat dipupuk bersama.

3) Jawatankuasa2 penting dalam MCF seperti Pemilihan Pemain untuk kejohanan utama antarabangsa dan Audit juga akan dimantapkan keahliannya dan diperkasakan. Majlis Penasihat Presiden juga akan dirujuk untuk membantu kepimpinan MCF dalam perkara ini.

Saya akan sambung lagi dengan Paksi serta Visi lain dan mengalu2kan maklum-balas tentang INTEGRITI BERSAMA.

Ikhlas,
Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin TS Sanusi
Calon Presiden MCF 2019

No comments:

Post a Comment